Selasa, 25 September 2012

Peperiksaan Akhir Tahun

Peperiksaan akhir tahun menjelang. Saya akan menjelaskan dua perkara iaitu,
1)Format Surat Rasmi
2) Format Kertas 2

Format Surat Rasmi

1) Tarikh
2) Nama Pengirim
3) Nama Penerima
4) Tajuk Surat
5) Nama Pengadap
6) Perenggan Pertama- 1-2 Ayat- Tujuan Menulis
7) Perenggan Kedua- Isi Pengenalan Masalah
8) Perenggan Ketiga- Isi-isi surat dan huraian dan contoh
9) Penutup Surat
10) Tandatangan              

Format Kertas 2

1) Imbuhan
2) Mengedit Teks
3) Peribahasa
4) Prosedur Kloz
5) Kefahaman








Ahad, 12 Ogos 2012

12th August 2012

Hi. Hari ini hari terakhir hari percutian.Nanti saya akan menyediakan beg saya untuk sekolah esok. Saya juga telah mengulangkaji untuk ujian esok hari. Saya juga berasa gembira kerana sudah habis membuat kerja rumah saya ini.
Bye!

Sabtu, 11 Ogos 2012

11th August 2012

Hi. Apabila saya bangun pagi tadi, keluarga saya bersahur. Selepas itu saya pun solat Subuh dan tidur. Apabila saya terjaga dati tidur, saya pun mandi untuk pergi ke masjid.  Pada petang ini, saya membuat kerja rumah yang disediakan oleh guru-guru saya, termasuk menaip dalam blog saya ini. Mungkin saya akan gunting rambut saya pada hari ini atau esok. Hingga ke sini sahaja saya akan tulis kerana saya harus pergi ke tuisyen nanti.
Bye!

Jumaat, 10 Ogos 2012

10th August 2012

Pada hari ini, saya hanya mengulangkaji pelajaran. Saya juga telah membincang tentang Geography ATT bersama rakan saya. Saya tidak pergi mana-mana pada hari ini juga.
Jumpa Lagi

Khamis, 9 Ogos 2012

9th August 2012

Hi. Hari ini Hari Kebangsaan Singapura! Saya hanya mengulangkaji pelajaran untuk Common Test dan saya juga menonton NDP di televisyen sekejap. Saya tidak pergi ke mana-mana pada hari ini. Sedap kami sekeluarga buka tadi. Sehingga sini sahaja saya menulis.
Daripada,
Amiir Hamzah


Rabu, 8 Ogos 2012

8th August 2012

Hi. Pada hari ini, Sekolah Menengah Xinmin menyambut Hari Kebangsaan Singapura yang jatuh kepada hari
Khamis, 9th August. Kita mempunyai lima hari cuti sekolah. Terdapat juga pelajar-pelajar dari India, Hong Kong dan Japan yang menyanyi dan menari di pentas. Itu sahaja yang saya akan tulis untuk sekarang. Bye!

Rabu, 28 Mac 2012

Penulisan Surat Rasmi

Selamat sejahtera semua. Saya akan memberitahu kamu semua format penulisan surat rasmi.

1. Tarikh
2. Nama Pengirim
3. Nama Penerima
4. Tajuk Surat
5. Nama Pengadap
6. Perenggan Pertama- 1-2 Ayat- Tujuan Menulis
7. Perenggan Kedua- Isi Pengenalan masalah
8. Perenggan Ketiga- Isi-isi surat dan huraian dan contoh
9. Penutup Surat
10. Tanda Tangan

Soalan:
Baru-baru ini kamu menaiki MRT dan mendapati bahawa ia kotor dan tidak terurus. Orang ramai tidak meperdulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembaangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.
Tuliskan sepucuk surat kepada Pegawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat, MRT untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.



27 Mac 2012

Siti Binte Ahmad
Blk 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapura 456789

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456

Tuan/Puan

Per: Kekotoran dalam MRT

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.

Pada hari Sabtu yang lalu saya telah menaiki MRT dari Bedok ke Jurong untuk pergi ke rumah nenek saya. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapati bahawa keadaan dalam MRT itu agak kotor dan berselerak dengan sampah sarap. Terdapat juga bekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang diselitkan di tempat-tempat duduk dalam MRT itu.

Apabila saya ternampak keadaan dalam MRT itu kotor, saya berasa geli hati dan jijik. Jika MRT itu kotor, ramai orang tidak mahu menaiki MRT itu pada masa akan datang. Saya rasa bahawa jika seseorang yang berada di dalam MRT itu ternampak sampah-sarap di dalam MRT, mereka boleh mengikuti perkara yang tidak elok itu dan MRT itu akan lebih kotor. Saya berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah. Pada pandangan saya, MRT ini harus mempunyai tanda-tanda yang menyatakan bahawa jika seseorang itu membuang sampah-sarap sembarangan, mereka boleh didenda atau disaman. Saya juga sarankan anda boleh memasang CCTV dalam MRT untuk menangkap orang yang telah melanggar undang-undang.

Saya harap anda rasa idea-idea saya ini berfaedah. Terima kasih.

Sekian,
Siti Binte Ahmad


Rabu, 7 Mac 2012

Penggunaan Ialah dan Adalah

Ialah (Kata pemeri)
Ialah boleh digunakan apabila frasa nama hadir di hadapan.

Contoh Ayat: Bangunan yang paling tinggi di dalam dunia ini ialah "Eiffel Tower".
Nama penuh saya ialah Amiir Hamzah Bin Bakri.
Binatang itu ialah kelawar dan ia menghisap darah.

Adalah (Kata pemeri)
Adalah boleh digunakan apabila kata adjektif atau kata sendi nama hadir.
Contoh Ayat: Kek coklat yang dibelinya itu adalah untuk ibunya sebagai hadiah hari lahir.
Pelajar-pelajar yang disyak mencuri di sebuah kedai adalah bukan pelajar sekolah kami.

Ini komik yang saya telah buat:






Jumaat, 17 Februari 2012

Mengapa saya memilih tajuk blog ini?

Saya memilih tajuk blog "Air Hujan" kerana latar belakang blog saya mengandungi air hujan.

Khamis, 16 Februari 2012

Blog Bahasa Melayu?

Blog Bahasa Melayu? Saya berasa terkejut apabila Puan Ida menyuruh kami mereka sebuah blog bahasa melayu. Bahasa Melayu subjek yang menarik. Bahasa Melayu juga subjek kegemaran saya.