Rabu, 28 Mac 2012

Penulisan Surat Rasmi

Selamat sejahtera semua. Saya akan memberitahu kamu semua format penulisan surat rasmi.

1. Tarikh
2. Nama Pengirim
3. Nama Penerima
4. Tajuk Surat
5. Nama Pengadap
6. Perenggan Pertama- 1-2 Ayat- Tujuan Menulis
7. Perenggan Kedua- Isi Pengenalan masalah
8. Perenggan Ketiga- Isi-isi surat dan huraian dan contoh
9. Penutup Surat
10. Tanda Tangan

Soalan:
Baru-baru ini kamu menaiki MRT dan mendapati bahawa ia kotor dan tidak terurus. Orang ramai tidak meperdulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembaangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.
Tuliskan sepucuk surat kepada Pegawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat, MRT untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.



27 Mac 2012

Siti Binte Ahmad
Blk 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapura 456789

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456

Tuan/Puan

Per: Kekotoran dalam MRT

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.

Pada hari Sabtu yang lalu saya telah menaiki MRT dari Bedok ke Jurong untuk pergi ke rumah nenek saya. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapati bahawa keadaan dalam MRT itu agak kotor dan berselerak dengan sampah sarap. Terdapat juga bekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang diselitkan di tempat-tempat duduk dalam MRT itu.

Apabila saya ternampak keadaan dalam MRT itu kotor, saya berasa geli hati dan jijik. Jika MRT itu kotor, ramai orang tidak mahu menaiki MRT itu pada masa akan datang. Saya rasa bahawa jika seseorang yang berada di dalam MRT itu ternampak sampah-sarap di dalam MRT, mereka boleh mengikuti perkara yang tidak elok itu dan MRT itu akan lebih kotor. Saya berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah. Pada pandangan saya, MRT ini harus mempunyai tanda-tanda yang menyatakan bahawa jika seseorang itu membuang sampah-sarap sembarangan, mereka boleh didenda atau disaman. Saya juga sarankan anda boleh memasang CCTV dalam MRT untuk menangkap orang yang telah melanggar undang-undang.

Saya harap anda rasa idea-idea saya ini berfaedah. Terima kasih.

Sekian,
Siti Binte Ahmad


Tiada ulasan:

Catat Ulasan