Watak kegemaran saya dalam novel Negeri Lima Menara ialah Alif Fikri, dan dia juga watak utama dalam novel ini. Alif Fikri berasal daripada Maninjau. Dia seorang murid yang pandai kerana dia mempunyai keputusan untuk memasuki sekolah SMA, tetapi, emaknya tidak membenarkannya memasuki SMA, bukan kerana masalah wang, tetapi kerana emaknya mahu Alif menjadi seorang pemimpin agama yang hebat dengan pengetahuan yang luas. Akhirnya, Alif pun memasuki sekolah Pondok Madani denga kerana telah menerima surat daripada Pakcik Gindo tentang Pondok Madani.
Pada pendapat saya, Alif ialah seorang anak yang baik kerana dia selalu mengikuti arahan-arahan ibu bapanya, tetapi pada awal novel, dia berasa marah kerana mereka tidak membenarkannya mengejar impiannya iaitu untuk menjadi seperti Habibie. Akhirnya, Alif pun membuat keputusan untuk ke sekolah agama, seperti yang dimahukan oleh ibu bapanya.
Rabu, 14 Ogos 2013
Selasa, 23 Julai 2013
Lawatan ke Indonesia, Solo YogYakarta
Pada cuti sekolah bulan Jun 2013, beberapa pelajar melayu dan guru-guru melayu terlibat dalam lawatan ke Indonesia, Solo, YogYakarta. Lawatan itu diadakan pada 4th June hingga 8th June 2013. Untuk ke sana, kami harus menaiki dua kapal terbang, satu yang menuju ke Jakarta, dan di situ, kami menaiki sebuah lagi kapal terbang untuk ke YogYakarta. Saya berasa terharu semasa mengimbas kembali tentang lawatan itu.
Kami pergi ke hotel kami. Hotel itu sebuah hotel yang moden yang bernama Solo Paragon. Kami juga dapat menjamu selera di restoran-restoran di sana, salah satu yang bernama Cupuwatu Resto. Makanan-makanan di situ semua sedap-sedap belaka. Kami menginap di dua buah hotel, satu Solo Paragon dan hotel yang kedua hotel yang bernama Hotel Santika. Kami menginap di Solo Paragon pada satu malam dan Hotel Santika pada empat malam.
Kami juga dapat pergi ke restoran-restoran yang lain dan ada juga mempunyai beberapa binatang-binatang dalam sangkar seperti ayam jambul, bajing sumatra dan lain-lain. Selain itu, kami dapat menghadiri bengkel batik dan kami belajar bagaimana hendak membuat batik.
Kami juga dapat melawati dua buah sekolah di sana yang bernama SMP 8 dan Kalam Kudus. Murid-murid dari sekolah-sekolah itu semua menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka. Saya berasa seronok semasa mereka menunjukkan kami tentang sekolah mereka dan murid-murid di sana juga telah memberi kamu sebuah persembahan. Saya telah dapat belajar lebih banyak tentang sekolah-sekolah di Indonesia.
Kami juga dapat melawati pantai Parang Tritis, yang pasirnya itu berwarna hitam. Kami berasa seronok dapat menaiki kereta pantai atau "beach buggy" di sana. Pantai di situ sungguh besar dan pemandangan daripada sana itu sungguh cantik.
Saya berasa sungguh seronok dapat mengikuti dalam lawatan ini. Saya dapat belajar lebih banyak tentang Indonesia dan dapat meningkatkan pengetahuan saya.
Langgan:
Catatan (Atom)