Rabu, 14 Ogos 2013

Analisis Watak dalam novel Negeri Lima Menara

Watak kegemaran saya dalam novel Negeri Lima Menara ialah Alif Fikri, dan dia juga watak utama dalam novel ini. Alif Fikri berasal daripada Maninjau. Dia seorang murid yang pandai kerana dia mempunyai keputusan untuk memasuki sekolah SMA, tetapi, emaknya tidak membenarkannya memasuki SMA, bukan kerana masalah wang, tetapi kerana emaknya mahu Alif menjadi seorang pemimpin agama yang hebat dengan pengetahuan yang luas. Akhirnya, Alif pun memasuki sekolah Pondok Madani denga kerana telah menerima surat daripada Pakcik Gindo tentang Pondok Madani.

Pada pendapat saya, Alif ialah seorang anak yang baik kerana dia selalu mengikuti arahan-arahan ibu bapanya, tetapi pada awal novel, dia berasa marah kerana mereka tidak membenarkannya mengejar impiannya iaitu untuk menjadi seperti Habibie. Akhirnya, Alif pun membuat keputusan untuk ke sekolah agama, seperti yang dimahukan oleh ibu bapanya.

3 ulasan:

  1. Saya juga rasa begitu, saya setuju dengan apa awak kata, Bolehkah Alif menjadi seorang tokoh bagi kamu?

    BalasPadam
  2. saya juga suka Alif kerana dia adalah watak utaman dan dia mempunyai kekuatan yang saya mahu! Bagus!

    BalasPadam
  3. Baik Amiir, kamu tahu seorang yang baik dan yang kurang baik. Harap kamu menjadi seorang seperti Alif.

    BalasPadam