Watak kegemaran saya dalam novel Negeri Lima Menara ialah Alif Fikri, dan dia juga watak utama dalam novel ini. Alif Fikri berasal daripada Maninjau. Dia seorang murid yang pandai kerana dia mempunyai keputusan untuk memasuki sekolah SMA, tetapi, emaknya tidak membenarkannya memasuki SMA, bukan kerana masalah wang, tetapi kerana emaknya mahu Alif menjadi seorang pemimpin agama yang hebat dengan pengetahuan yang luas. Akhirnya, Alif pun memasuki sekolah Pondok Madani denga kerana telah menerima surat daripada Pakcik Gindo tentang Pondok Madani.
Pada pendapat saya, Alif ialah seorang anak yang baik kerana dia selalu mengikuti arahan-arahan ibu bapanya, tetapi pada awal novel, dia berasa marah kerana mereka tidak membenarkannya mengejar impiannya iaitu untuk menjadi seperti Habibie. Akhirnya, Alif pun membuat keputusan untuk ke sekolah agama, seperti yang dimahukan oleh ibu bapanya.
Air Hujan
Rabu, 14 Ogos 2013
Selasa, 23 Julai 2013
Lawatan ke Indonesia, Solo YogYakarta
Pada cuti sekolah bulan Jun 2013, beberapa pelajar melayu dan guru-guru melayu terlibat dalam lawatan ke Indonesia, Solo, YogYakarta. Lawatan itu diadakan pada 4th June hingga 8th June 2013. Untuk ke sana, kami harus menaiki dua kapal terbang, satu yang menuju ke Jakarta, dan di situ, kami menaiki sebuah lagi kapal terbang untuk ke YogYakarta. Saya berasa terharu semasa mengimbas kembali tentang lawatan itu.
Kami pergi ke hotel kami. Hotel itu sebuah hotel yang moden yang bernama Solo Paragon. Kami juga dapat menjamu selera di restoran-restoran di sana, salah satu yang bernama Cupuwatu Resto. Makanan-makanan di situ semua sedap-sedap belaka. Kami menginap di dua buah hotel, satu Solo Paragon dan hotel yang kedua hotel yang bernama Hotel Santika. Kami menginap di Solo Paragon pada satu malam dan Hotel Santika pada empat malam.
Kami juga dapat pergi ke restoran-restoran yang lain dan ada juga mempunyai beberapa binatang-binatang dalam sangkar seperti ayam jambul, bajing sumatra dan lain-lain. Selain itu, kami dapat menghadiri bengkel batik dan kami belajar bagaimana hendak membuat batik.
Kami juga dapat melawati dua buah sekolah di sana yang bernama SMP 8 dan Kalam Kudus. Murid-murid dari sekolah-sekolah itu semua menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka. Saya berasa seronok semasa mereka menunjukkan kami tentang sekolah mereka dan murid-murid di sana juga telah memberi kamu sebuah persembahan. Saya telah dapat belajar lebih banyak tentang sekolah-sekolah di Indonesia.
Kami juga dapat melawati pantai Parang Tritis, yang pasirnya itu berwarna hitam. Kami berasa seronok dapat menaiki kereta pantai atau "beach buggy" di sana. Pantai di situ sungguh besar dan pemandangan daripada sana itu sungguh cantik.
Saya berasa sungguh seronok dapat mengikuti dalam lawatan ini. Saya dapat belajar lebih banyak tentang Indonesia dan dapat meningkatkan pengetahuan saya.
Selasa, 25 September 2012
Peperiksaan Akhir Tahun
Peperiksaan akhir tahun menjelang. Saya akan menjelaskan dua perkara iaitu,
1)Format Surat Rasmi
2) Format Kertas 2
Format Surat Rasmi
1) Tarikh
2) Nama Pengirim
3) Nama Penerima
6) Perenggan Pertama- 1-2 Ayat- Tujuan Menulis
7) Perenggan Kedua- Isi Pengenalan Masalah
8) Perenggan Ketiga- Isi-isi surat dan huraian dan contoh
9) Penutup Surat
10) Tandatangan
Format Kertas 2
1) Imbuhan
2) Mengedit Teks
3) Peribahasa
4) Prosedur Kloz
5) Kefahaman
1)Format Surat Rasmi
2) Format Kertas 2
Format Surat Rasmi
1) Tarikh
2) Nama Pengirim
3) Nama Penerima
4) Tajuk Surat
5) Nama Pengadap6) Perenggan Pertama- 1-2 Ayat- Tujuan Menulis
7) Perenggan Kedua- Isi Pengenalan Masalah
8) Perenggan Ketiga- Isi-isi surat dan huraian dan contoh
9) Penutup Surat
10) Tandatangan
Format Kertas 2
1) Imbuhan
2) Mengedit Teks
3) Peribahasa
4) Prosedur Kloz
5) Kefahaman
Rabu, 29 Ogos 2012
Sabtu, 25 Ogos 2012
Ahad, 12 Ogos 2012
12th August 2012
Hi. Hari ini hari terakhir hari percutian.Nanti saya akan menyediakan beg saya untuk sekolah esok. Saya juga telah mengulangkaji untuk ujian esok hari. Saya juga berasa gembira kerana sudah habis membuat kerja rumah saya ini.
Bye!
Bye!
Sabtu, 11 Ogos 2012
11th August 2012
Hi. Apabila saya bangun pagi tadi, keluarga saya bersahur. Selepas itu saya pun solat Subuh dan tidur. Apabila saya terjaga dati tidur, saya pun mandi untuk pergi ke masjid. Pada petang ini, saya membuat kerja rumah yang disediakan oleh guru-guru saya, termasuk menaip dalam blog saya ini. Mungkin saya akan gunting rambut saya pada hari ini atau esok. Hingga ke sini sahaja saya akan tulis kerana saya harus pergi ke tuisyen nanti.
Bye!
Bye!
Jumaat, 10 Ogos 2012
10th August 2012
Pada hari ini, saya hanya mengulangkaji pelajaran. Saya juga telah membincang tentang Geography ATT bersama rakan saya. Saya tidak pergi mana-mana pada hari ini juga.
Jumpa Lagi
Jumpa Lagi
Khamis, 9 Ogos 2012
9th August 2012
Hi. Hari ini Hari Kebangsaan Singapura! Saya hanya mengulangkaji pelajaran untuk Common Test dan saya juga menonton NDP di televisyen sekejap. Saya tidak pergi ke mana-mana pada hari ini. Sedap kami sekeluarga buka tadi. Sehingga sini sahaja saya menulis.
Daripada,
Amiir Hamzah
Daripada,
Amiir Hamzah
Rabu, 8 Ogos 2012
8th August 2012
Hi. Pada hari ini, Sekolah Menengah Xinmin menyambut Hari Kebangsaan Singapura yang jatuh kepada hari
Khamis, 9th August. Kita mempunyai lima hari cuti sekolah. Terdapat juga pelajar-pelajar dari India, Hong Kong dan Japan yang menyanyi dan menari di pentas. Itu sahaja yang saya akan tulis untuk sekarang. Bye!

Rabu, 28 Mac 2012
Penulisan Surat Rasmi
Selamat sejahtera semua. Saya akan memberitahu kamu semua format penulisan surat rasmi.
1. Tarikh
2. Nama Pengirim
3. Nama Penerima
4. Tajuk Surat
5. Nama Pengadap
6. Perenggan Pertama- 1-2 Ayat- Tujuan Menulis
7. Perenggan Kedua- Isi Pengenalan masalah
8. Perenggan Ketiga- Isi-isi surat dan huraian dan contoh
9. Penutup Surat
10. Tanda Tangan
Soalan:
Baru-baru ini kamu menaiki MRT dan mendapati bahawa ia kotor dan tidak terurus. Orang ramai tidak meperdulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembaangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.
Tuliskan sepucuk surat kepada Pegawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat, MRT untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.
27 Mac 2012
Siti Binte Ahmad
Blk 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapura 456789
Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456
Tuan/Puan
Per: Kekotoran dalam MRT
Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.
Pada hari Sabtu yang lalu saya telah menaiki MRT dari Bedok ke Jurong untuk pergi ke rumah nenek saya. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapati bahawa keadaan dalam MRT itu agak kotor dan berselerak dengan sampah sarap. Terdapat juga bekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang diselitkan di tempat-tempat duduk dalam MRT itu.
Apabila saya ternampak keadaan dalam MRT itu kotor, saya berasa geli hati dan jijik. Jika MRT itu kotor, ramai orang tidak mahu menaiki MRT itu pada masa akan datang. Saya rasa bahawa jika seseorang yang berada di dalam MRT itu ternampak sampah-sarap di dalam MRT, mereka boleh mengikuti perkara yang tidak elok itu dan MRT itu akan lebih kotor. Saya berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah. Pada pandangan saya, MRT ini harus mempunyai tanda-tanda yang menyatakan bahawa jika seseorang itu membuang sampah-sarap sembarangan, mereka boleh didenda atau disaman. Saya juga sarankan anda boleh memasang CCTV dalam MRT untuk menangkap orang yang telah melanggar undang-undang.
Saya harap anda rasa idea-idea saya ini berfaedah. Terima kasih.
Sekian,

Rabu, 7 Mac 2012
Penggunaan Ialah dan Adalah
Ialah (Kata pemeri)
Ialah boleh digunakan apabila frasa nama hadir di hadapan.
Contoh Ayat: Bangunan yang paling tinggi di dalam dunia ini ialah "Eiffel Tower".
Nama penuh saya ialah Amiir Hamzah Bin Bakri.
Binatang itu ialah kelawar dan ia menghisap darah.
Adalah (Kata pemeri)
Adalah boleh digunakan apabila kata adjektif atau kata sendi nama hadir.
Contoh Ayat: Kek coklat yang dibelinya itu adalah untuk ibunya sebagai hadiah hari lahir.
Pelajar-pelajar yang disyak mencuri di sebuah kedai adalah bukan pelajar sekolah kami.
Ini komik yang saya telah buat:

Jumaat, 17 Februari 2012
Mengapa saya memilih tajuk blog ini?
Saya memilih tajuk blog "Air Hujan" kerana latar belakang blog saya mengandungi air hujan.
Khamis, 16 Februari 2012
Blog Bahasa Melayu?
Blog Bahasa Melayu? Saya berasa terkejut apabila Puan Ida menyuruh kami mereka sebuah blog bahasa melayu. Bahasa Melayu subjek yang menarik. Bahasa Melayu juga subjek kegemaran saya.
Langgan:
Catatan (Atom)